Some Lessons Are Learned Best Through Pain :)

Wednesday 13 April 2022

Tetaplah di sini, walau hati tak mahu hidup lagi

 hi back.

Mampukah aku bertahan?


Langkah demi langkah, waktu demi waktu, aku terus mengheret tubuh badan aku kedepan melawan ujian dan cubaan yang tiba. sampai di saat aku menulis post ini, tangan aku masih lagi menggeletar ,mungkin kerana gemuruh, atau mungkin kerana aku tak tahu nak tuliskan apa untuk post kali ni.

Jiwa yang lemah, perasaan yang hiba, tubuh yang longlai. Namun aku gagahkan juga diri melawan segala kekotoran, kekejian dan juga kebobrokan walaupun hari demi hari jiwa makin rawan, hati makin bosan.

Tiada apa yang kupinta, hanyalah bantuan dari Maha Esa, pangkulah aku Allah, Selamatkan jiwa aku Allah. Free me from this pain, free my mind from negative thoughts, please ease my heart, help me, help me in my journey.

Doakan aku semoga bertahan walau hati tidak lagi dapat menahan,

Doakan aku terus memasak kaki di bumi tuhan,

Doakan aku Tetaplah bertahan biarpun hati mula kepatahan.

1 comment:

  1. Hi Kid. Semoga yang baik baik sahaja. Take care

    ReplyDelete